ucapan awam for kemahiran dinamika. soon!

blurp blurp blurp… wahaaa public speaking maaa.. what the hell, its gonna be my first time doing it. okay, its good for a start. i need to experienced this. i hope it will go on well. i dont wanna go all freeze up there, i wish i can be cool and talk like its the easiest thing i ever done..

so here we go, my topic of the day… “keamanan dunia bukan impian” haha ambik kau. i get to practice speaking utill my turn is up. im contestant  number 14th. gahhh… i did the drafts and send to pn noorlida to be checked. hope its accepted.. sumpah kelakar, dah la tak pernah buat sume ni, then tibe tibe kena karang ayat utk ucapan awam, wth! berterabur ayat dowh, haha…

here’s the draft….

AZREENA BT ISHAK

MS0918525478

H2T5 B

PN. NOORLIDA (KEMAHIRAN DINAMIKA)


KEAMANAN DUNIA BUKAN IMPIAN

Yang dimuliakan, Puan Noorlida selaku pensyarah dinamika. Yang dihormati, rakan-rakan sekelas dan para hadirin sekalian. Tajuk ucapan saya pada hari ini ialah “Keamanan Dunia Bukan Impian”.

Keamanan merupakan perkara pokok bagi sesebuah negara. Ini kerana keamanan merupakan akar kepada kestabilan ekonomi dan politik negara tersebut. Secara umumnya, keamanan dunia bererti keharmonian yang dikecapi bagi sesebuah negara yang berpenduduk. Dari sudut antarabangsa pula, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) merupakan badan tunggal yang berperanan dalam memastikan keamanan dan keselamatan negara anggota supaya kekal aman dan harmonis.

Sebenarnya, tidak mustahil bagi sesebuah negara itu untuk mencapai keharmonian sejagat. Akan tetapi, terdapat kepincangan dalam isu ini dimana ego serta ketamakan telah megaburi mata seseorang pemimpin itu serta kefahamannya terhadap konteks keamanan dunia. Jadi, tidak mustahillah bahawa keamanan dunia ini bukan lagi menjadi impian yang mutlak.

Sebagai contoh yang pertama, lihat sahaja perbalahan yang berlaku di antara Palestin dan Israel yang berlanjutan selama empat dekad. Sikap keras kepala pemimpin Israel yang tidak pernah memberikan kerjasama dalam proses pendamaian ini telah melebarkan lagi kemelut di antara kedua-dua negara terbabit. Walaupun, PBB telah sedaya upaya untuk membantu mendamaikan kedua-dua negara ini, tetapi Israel tetap teguh dengan pendiriannya dengan mengenetepikan isu pendamaian. Adakah wujud erti kata pendamaian dalam kamus mereka? Masa sahaja yang akan menentukannya…

Isu di negara Iraq pula berlaku oleh kerana taktik kotor yang telah dirancang oleh Amerika Syarikat iaitu dengan menggunakan alasan untuk menundukkan pemimpin Iraq, iaitu Saddam Hussin. Alasan sedemikian hanyalah sekadar untuk mengaburi mata-mata luar kerana niat dasar mereka adalah untuk menjajah negara tersebut. Umum sudah maklum bahawa negara-negara Timur Tengah amatlah kaya dengan sumber asli. Bahkan, alasan untuk memusnahkan pusat WMD (Weapon of Mass Destruction) juga terbukti satu pembohongan yang dikemukakan mereka, kerana secara realitinya, Amerika Syarikat secara terang-terangan menyebelahi Israel yang juga mempunyai pusat pembuatan nuklear.

Secara dasarnya, peperangan membawa kepada kehancuran dunia. Keamanan dan kemakmuran dunia seperti fantasi yang direka hanyalah untuk menutupi realiti dunia. Jika pedamaian adalah semudah A B C, pastinya kemelut diantara Korea Selatan dan Korea Utara sudah dapat dileraikan. Isu perkauman di serata dunia juga tidak lagi dibangkitkan. Nyata, impian hanyalah impian. Perlaksanaan ke arah perdamaian amatlah sukar untuk dikecapi jika sikap egois setiap pemimpin negara tidak dapat dikikis.

Statistik bagi peperangan pula menunjukkan bahawa dari zaman kesultanan melayu Melaka bahawa peperangan bagaikan tiada penghujungnya. Andai kata, dunia bakal berakhir beberapa tahun lagi.. Adakah jumlah peperangan juga akan meningkat? Nyawa penduduk yang tidak berdosa melayang begitu sahaja. Wajarkah tindakan mereka yang begitu tamak akan kemewahan duniawi ini? Pasti ada yang mengeluh setiap kali pertanyaan yang sudah maklum diketahui jawapannya ini dikemukakan. Kerana semua pasti, bahawa, keamanan dunia bukanlah impian. Ianya sekadar bahan bicara dan diskusi hari harian penduduk bumi…  Sekian, terima kasih.

this is the first try. so it is not the best from me.. i dont noe the format. main belasah je buat… haha

wish me luck.. i’ll be doing this maybe around the 20th of dec onwards… :)

may allah bless,

azreena isk.

About these ads
Published in: on December 3, 2009 at 11:29 am  Comments (3)  

The URI to TrackBack this entry is: http://azreenaishak.wordpress.com/2009/12/03/ucapan-awam-for-kemahiran-dinamika-soon/trackback/

RSS feed for comments on this post.

3 CommentsLeave a comment

  1. nice one!terasa mcm nk pinjam skrip awk ni,boleh??heee :DD

  2. :D

  3. Sorry for the very late reply. Hope you did well for ur speech! :)


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: